Nasihat Luqman al-Hakim

Nasihat Luqman al-Hakim Surah Luqman ayat 12 – 19
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji [12].

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"[13].
Jangan bersifat sombong Lakukan kebaikan & cegah kemungkaran Berbuat baik kepada ibu bapa
Nasihat Luqman Bersabar terhadap bencana Jangan lakukan perbuatan syirik
Tunaikan solat
Intisari nasihat Luqman Maksud Syirik
Suatu perbuatan menyamakan Allah swt dengan sesutau yang lain atau mempercayai ada kuasa lain selain kuasa Allah swt
Sebab Allah melarang perbuatan syirik

1. Boleh merosakkan iman seseorang yang menyebabkan ia terkeluar dari Islam
2. Menyamakan kuasa Allah dengan kuasa-kuasa lain
3. Dosa syiirk tidak diampunkan oleh Allah swt
4. Mendapat azab yang pedih di hari akhirat

Faktor berlaku syirik
Tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh Terpengaruh dengan kemewahan dunia
Dipengaruhi dengan nafsu ammarah
Batal Iman
Sentiasa berada dalam kebimbingan kerana sentiasa takut dengan pantang larang syirik
Mendapat balasan neraka yang kekal selamanya Segala amal ibadat tidak diterima Allah swt Berdosa besar dan tidak diampunkan Allah swt
Kesan Syirik
Meningkatkan penghayatan Islam dlm kehidupan Melaksanakan amar makruh nahi mungkar
Cara mengatasi syirik
Meningkatkan usaha dakwah kpd masyarakat Meningkatkan budaya ilmu Membantu golongan susah & miskin dgn mengeluarkan zakat Mendalami ajaran Islam
INGATLAH
Contoh syirik; Semua perbuatan yang berkaitan dgn pemujaan, penyembahan, memohon perlindungan, permintaan bagi menentukan sesuatu hajat adalah hak Allah semata-mata. Jika perbuatan tersebut dilakukan kpd orang lain berlakulah syirik

- Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup

- Berakhlak mulia adalah identiti umat Islam

- Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibubapa

- Orang yang beriman akan berwaspada dan menjaga diri

- Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ibu bapa

- Kesabaran amat penting dalam kehidupan ketika melaksanakan ibadat

Tidaklah seseorang yang bersedia memaafkan orang lain, melainkan Allah akan menambahkan dengan kemuliaan
Bacalah Quran sehingga ia dapat menegahmu daripada melakukan perkara yang dilarang
Tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya ke darjat yang paling tinggi

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) [14].

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan [15].

Why should you donate?
If you think this little editor is useful to you, then it's a good reason to do a donation.
Your gratitude and finance help will motivate us to continue Nurkimedia project development.
Donate now!