Gempar sekejap bila keluar kenyataan daftar pemilih 1: 40. Satu melayu, 40 bukan melayu. Semua menepuk dahi. Mengapa jadi begitu?. Ratio daftar pemilih tidak seimbang dengan ratio peduduk anggaran 70 - 30.
UMNO tidak serius dalam operasi daftar pemilih. Hangat-hangat tahi ayam. 'Chip more' kadang ada, kadang tiada. Semua pandai bercakap tentang pentingnya kuasa. Tetapi sumber kuasa tidak dijaga.
Demokrasi, jumlah undi kata pemutus. Peti undi akan memberi tahu siapa berkuasa secara muktamat. Mengapa tidak serius pada barang penentu kata putus?.Dalam sistem ini pengundilah maha penting.
Mesyuarat Bahagian UMNO jarang menjadikan agenda utama 'daftar pemilih'. Sibuk pada hal-hal yang bukan teras. Ada mesyuarat hanya mengambil nama, pemimpin kurang suka mendengar masalah. Suka kepada pujian-pujian, angkat mengangkat, jolok menjolok. Ampuisma.
Tidak banyak UMNO Bahagian menetapkan apakah matlamat utama. Bergerak mengikut rentak semasa. Banyak berkisar pada cari makan.Projek, kontrak, saham felcra, aktiviti pertemuan dan lain-lain.
Membiarkan pendaftaran pemilih berjalan sendiri. Tidak dirancang, laksana, pantau dan nilai atau ukur. Banyak perkara bila buka mulut, "mana duit, macam mana peruntukan, ada elaun?".
Semasa bertanding, bergolok bergadai, jual harta-benda, pinjam meminjam. Lembu sedang tidur ditarik kedalam lori. Sanggup berhabis. Bila menang jadi lembu. Mengunyap rumput celah gigi.
Sudah tahu generasi muda kurang kesedaran kepentingan mengundi. Tidak didekati. Bertanya "dah daftar ka belum?". Jika belum, didalam bonet kereta sudah berbekal borang SPR. "Itu cara orang dulu-dulu" kata mereka. Tidak sesuai sekarang. Hampas !.
Tidak serius. Sambil lewa. Syok sendiri. Jika kita bercakap begitu mereka marah. "Cakap ikut sedap lidah tidak bertulang" kata mereka. Bukti! Buktikan! mereka mencabar. Kita pula ternganga. Ok sekarang bukti, nah ambil satu contoh dari 192 Bahagian diMalaysia:
Awal tahun ini, 2010 ( lupa tarikh), satu majlis kempen daftar pemilih anjuran UMNO Bahagian Jerantut.Program juara rakyat. Peruntukan ejensi RM 10,000.00. UMNO Malaysia RM 5000.00. Semua RM 15,000-00 belanja minum teh petang. Peserta kurang 300 orang ( muka itu jugalah berbalik-balik apa-apa majlis UMNO).
Tahu hasilnya?. Hasil kempen petang itu: 28 orang daftar ahli baru UMNO. 17 orang daftar pemilih. Berbaloi ka?. Yang senyum lebar Wook Itam Taukey haram Resthouse dapat RM 15,000 harga mee hon dan teh 0/teh tarik. Sewa resthouse tidak berbayar juga sudah 4 tahun kepada Majlis Daerah. Apa punya orang tidak tahu malu.
Lepas itu kempen stop. Tidak terdengar lagi sampai sekarang. Bob Titipoli artis Indonesia,suara kasar, lunak menyanyikan lagu:
'MEMANG LIDAH TIDAK BERTULANG' |