STRATEGOS Strategi merupakan satu konsep yang asalnya berkait dengan ketenteraan dan berkembang dalam organisasi tentera. Strategy adalah perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Yunani (Greek) ia itu ‘strategos ‘ yang bermaksud angkatan tentera darat dan kepimpinannya.
Strategik merupakan ‘helah atau muslihat’ dan perkataan strategi DBP memaknakan ‘kepandaian merancang dan mengarahkan gerakan dalam peperangan terutama kedudukan tentera dalam kedudukan baik untuk berperang; ‘kepandaian menguruskan sesuatu perkara’.
Konsep asalnya bagi tujuan menentukan peraturan, keputusan berdasarkan kepada penilaian kekuatan musuh dalam perancangan perang oleh angkatan tentera. Kemudian diperluaskan kedalam apa jua bidang yang bersaing termasuk bisnes dan koperat .
Konsep strategi juga mempunyai garis dan prinsip yang sama berguna dalam mengurus organisasi sosial dan organisasi parti-parti politik yang merebut kuasa dan mempertahankan kuasa.
Pemerintah juga menggunakan konsep ini dalam melangsungkan pemerintahnya memenuhi kehendak rakyat. Jika rasa bahawa kerajaan telah berbuat sesuatu kepada mereka, bila sampai masanya mereka akan kembali menyatakan perasaan dan fikiran mereka kedalam peti kaca sebagai bahasa suka duka mereka supaya dikira.
Mengikut Quinn. (1980). Strategies for Change: Logical Incrementalism, mengatakan bahawa “ konsep strategi dalam organisasi ketenteraan digunakan dalam berbagai tujuan seperti merangka organisasi, mengekal inisiatif, menentukan sumber organisasi, posisi pilihan, koordinasi, fleksibiliti serta komitmen. Penggunaan konsep asal strategi dalam organisasi perniagaan juga ( sama juga politik) adalah bagi mencapai tujuan-tujuan tersebut.
Dipihak Wheelen and Hunger. (2002). Strategic Management and Business Policy. Menyifatkan “pengurusan strategik adalah proses pengurusan konsisten merangkumi empat komponen utama ia itu penelitian persekitaran, pembentukan strategi, perlaksanaan strategi dan penilaian serta kawalan strategi”.
Apa pula kata Montanari et, al. (1990 ). Strategic Management: A Choice Approach. “ pengurusan strategik merangkumi elemen perancangan strategik, analisis persekitaran dan pembentukan strategi malahan ia nya termasuk perlaksanaan dan pengawalan strategi”.
Nanti marah pula kita tidak peduli apa kata Piarce and Robinson. (1991). Strategic Management practice: Reading in Strategic Management. “pengurusan strategik sebagai satu set keputusan serta tindakan yang mengakibatkan formulasi, implementasi dan kawalan strategi yang dirangka bagi mencapai objektif organisasi”.
Adus… ada lagi gian nak present juga. Ok lah last.. David (2001). Concept of Strategic Management. “pengurusan strategik adalah seni dan sains bagi merumus, melaksana dan menilai keputusan bersilang fungsian untuk membolehkan sesebuah organisasi mencapai objektifnya".
Sebenarnya ramai lagi pakar strategi yang mantakrifkan makna strategi. Namun demikian lima antara mereka memadai untuk kita memahami apa yang ada dalam otak mereka tentang strategi itu. Walau pun mereka lebih menjurus kepada strategi perniagaan namun ia adalah sama sahaja dalam mengurus strategi organisasi politk.
Setelah kita mendalami pemikiran mereka maka dapatlah kita fahami bahawa pengurusan strategik itu terdiri dari tiga komponen penting ia itu peringkat penggubalan strategi, perlaksanaan strategi dan penilaian serta kawalan strategi. Sesuatu perancangan strategi itu adalah satu perancangan jangka panjang organisasi diatara dua hingga lima tahun atau lebih.
Artikel Ekhsan Dato Azizan Yaakob
|