Ideologi ‘Modenisme’ adalah cabang pemikiran sekularisme. Pemikiran ini berpendapat bahawa segala yang baru ( moden) adalah lebih baik secara umum dari pada yang lama atau yang tua.
Golongan tua dikira ketinggalan zaman atau ‘out dated’, tidak maju. Golongan remaja dipuja. Pada sudut pandangan, golongan tua tidak moden dari segi rupa paras, zahir dan batin. Oleh itu golongan mudalah yang lebih cekap dan pandai. Golongan remaja menjadi tumpuan.
Hollwood, Bollywood contohnya, melahirkan hero-hero atau star filem sebagai ikon masyarakat dunia yang menjadi idola serta model ikutan jenerasi muda. Akibatnya, golongan muda tidak lagi menghormati golongan tua. Anak-anak kurang menghormati ibu bapa.
Konsep asalnya, apa yang dikatakan moden itu merujuk kepada material, benda atau sains dan teknologi. Tetapi digembar-gemburkan wajah, keremudaan dan kecantikan . Lihat ! modensisme mengubah dari benda atau material kepada manusia. Sepatutnya sebaru mana ciptaan sains dan teknologi, tidak mengubah hubungan antara golongan muda dan tua, ibu bapa dan anak-anak malah antara pelajar dengan guru.
Pihak Illuminati menterjemahkan konsep modenisme melalui landasan politik. Mereka berusaha menaikan pemimpin dari golongan muda sebaik-baiknya dari kalangan wanita kejawatan penting seperti Presiden, Perdana Menteri dinegara-negara maju. Tidak dinafikan bahawa orang muda rupanya mungkin ‘smart’ tetapi ilmu, pengalaman serta kebijaksanaanya setengah matang terutama dalam suasana pendidikan sekular sekarang.
Menurut syariat, tugas untuk kepimpinan utama negara adalah sesuai untuk lelaki, kerana sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi ancaman musuh-musuh dari dalam dan luar negara. Tetapi satu lagi cabang liberalisme alat 'demokrasi' telah menyamakan taraf lelaki dan wanita, maka pada tahun 1977 mereka berjaya merealisasikan seorang wanita muda berusia 43 tahun menjadi PM Britain. Begitu juga dinegara umat Islam diPakistan dan Bangladesh. Dalam konteks kepimpinan ini saya menurut apa yang digariskan oleh syariat. Tidak ada cara lain ke yang lebih baik dari demokrasi? Manalah tahu !.
DiTurkey golongan ‘Young Turks’ telah memberontak menjatuhkan Khalifah terakhir Turkey Sultan Abdul Hamid dan menaikan tokoh sekular totok mereka Kamal Attartuk. Lanjutan dari itu, sampai sekarang dasar sekular Kamal Attartuk lancar berjalan. Mereka menentang sebarang dasar penerapan nilai-nilai Islam kedalam pentadbiran negara Turkey. Harus dingat bahawa sekularime ini ada ‘Godfather’ yang mengawasinya.
Pemikiran modensisme dalam Islam bermula dari kumpulan al- Muktazilah atau golongan rasionalis. Mereka mirip menggunakan akal untuk menentukan kebenaran. Mereka menyesuaikan wahyu kepada akal . Bukan akal kepada wahyu. (itu kan saya highlight). Wahyu turunnya dari Allah swt. Akal datangnya dari manusia. Yang mana benar? Tentulah Allah swt yang benar. Jadi mestilah akal disandarkan kepada wahyu !.
Nah inilah yang boleh dikatakan gempar berlaku sekarang. Wahyu disandarkan kepada akal. Terutama dalam urusan politik. Oleh itu kita tentu dapat membezakan antara kenyataan ulama yang menyandarkan akal kepada Wahyu atau sebaliknya. Terutama hal-hal semasa mengenai orang kafir masuk kemasjid dan mendoakan Lim Guan Eng sebagai khalifah
Artikel oleh Dato Azizan Yaakob