Tun Dr. Mahathir menekan supaya DEB diteruskan kerana masa untuk membangunkan ekonomi bumiputera yang diberi 20-40 tahun itu tidak memadai. Memang benar, tempoh itu sangat terhad kerana tidak mudah untuk mengisi satu masyarakat ekonominya tahap kosong kepada 30 persen tersebut.
Bagaimanapun, capaiannya sudah keparas 19 persen hanya memerlukan satu tempoh dan usaha lagi bagi menokok 11 persen. Pada ketika itu liberalisasi ekonomi sesuai dimulakan kerana semua kaum mempunyai batu pijak yang keras untuk bersaing dipasar bebas.
PM Najib menegas bahawa MEB bukan DEB. Tetapi ia liberalisasi progressif dengan mengambil kira status ekonomi bumiputera. Disinilah nampak ada cabang fikir yang penuh tersirat dan memerlukan kita mentafsir kedasar lautnya.
Baik, kita singkap dulu makna liberal ia itu orang yang berfahaman bebas menyokong kemajuan tetapi menentang hak-hak istimewa. Itu dasarnya bebas tanpa sempadan. Dalam hal liberalisasi progressif bumiputera masuk timbang bermakna satu fahaman bebas menyokong kemajuan dengan perkiraan bumiputera juga wajar bertangga naik bermakna kebebasan ada sempandan dan bukan liberal sepenuhnya yang menolak hak-hak istimewa dan agama. Ia terkandung makna kebebasan terpimpin.
Ini adalah soal substance, samada cara kita berfikir dan merasanya. Terdapat dua keadaan disini: Pertama, dipihak publik mahu supaya progressif itu jelas, nyata, bertulis, termaktub dan boleh diukur. Mereka mahu melihat rupa pelan dan garis laluannya. Jika tidak dapat dilihat dan dipegang mereka was-was dan kabur. Ibarat mereka disuruh berlari 400meter, mereka bertanya mahu bermula digaris mana, laluan yang mana dan berakhir dimana?.
Dipihak penguasa pula mereka diminta supaya publik memberikan kepercayaan, keyakinan bahawa didalam kotak pemikiran mereka ada rangka lebih sasa, teguh, berisi dan tahu cara bagaimana serta kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapai angka keramat itu.
Ia tidak boleh diluahkan cara terbuka kerana mengundang banyak tafsiran yang mana akhirnya terpaksa balik kepangkal jalan dalam situasi seperti sekarang. Ia bukan sahaja tersurat pada pihak ketiga, malah keempat, kelima dan selanjutnya sedang menegang kelopak mata dan memasang telinga.
Inilah dua pandangan jika tidak dikurung dalam satu kotak akan bertambah kusut dan meletup kerana jarak pemikiran, persepsi dan kefahaman terlalu jauh antara yang diatas dengan mereka dibawah.
Dalam satu eksperimen dikawasan satu bangunan sekolah sekumpulan 20 orang buta (blind pool), ia itu orang celik disuruh berbaris memanjang kebelakang dengan jarak tangan orang dibelakang sampai kebahu orang dihadapan. Sebelum menutup mata dengan ikatan sapu tangan merah mereka ditunjukan kemana mereka harus bergerak dalam satu barisan tanpa putus-putus.
Mereka diarah bergerak mencapai destinasi kira-kira 100 meter kehadapan sehingga semua mencapai sebatang tiang berdera bermakna matlamat sampai. Setelah ditutup mata, satu mesej dibisikkan kepada orang yang paling hadapan supaya disampaikan seorang demi seorang ia itu orang pertama kepada orang kedua. Orang kedua kepada orang ketiga dan seterusnya sampai ke duapuluh. Mesejnya seperti berikut:
"Perdana Menteri akan sampai secara tidak rasmi hari besuk. Dia menghadiri majlis kenduri kahwin "
Setelah mereka membisikkan mesej itu seorang demi seorang kebelakang maka apabila ditanya kepada orang yang paling akhir sekali dibelakang menerima mesej bunyinya adalah seperti berikut:" Perdana Menteri sampai besuk setelah dia berkahwin" Woi… lain pula ceritanya.Kemudian mereka diarah pula berjalan menuju tiang berdera dalam satu barisan bertutup mata kesemuanya. Orang belakang memegang bahu orang dihadapan. Apa jadi?. Satu kumpulan dibawah perdu pisang hilang punca. Satu kumpulan merayau ditepi sebuah kolam teraba-raba. Satu kumpulan memegang tiang letrik kononnya mereka telah sampai dan beberapa orang merayau bersendirian hilang kawan.
Inilah corak kekeliruan yang berlaku antara pemerintah dengan rakyat memerlukan pendekatan yang menjelaskan apa yang sebenar. Matlamat tetap sama tetapi cara berbeza juga boleh jadi mudharat. Kan bengong kita ini semua?.
Artikel oleh Dato Azizan Yaakob